PDRM Tidak Mengendahkan Keselamatan Petugas Anti-Rabies Di Sarawak?

TULAR:
191

PALSU:

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaaan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menyediakan perlindungan buat petugas barisan hadapan yang terlibat dalam operasi antirabies di Sarawak, selain tidak bertindak terhadap laporan polis berkenaan ancaman yang diterima petugas anti-rabies.

Sumber gambar: Utusan Malaysia.

SEBENARNYA:

Polis Sarawak menafikan dakwaan bahawa mereka gagal menyediakan perlindungan kepada petugas barisan depan yang terlibat dalam operasi antirabies di negeri itu selain tidak bertindak terhadap laporan polis dibuat berhubung ancaman ke atas petugas terbabit.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Dato’ Dev Kumar, pihaknya kesal dengan dakwaan tersebut memandangkan setiap laporan polis diterima berhubung kes berkenaan disiasat secara terperinci.

Pada masa sama, polis akan menyediakan perlindungan secukupnya kepada petugas terlibat dalam operasi cegah rabies jika dimaklumkan lebih awal.

SUMBER:

Facebook PDRM Sarawak

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI