PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya berlaku gangguan bekal bekalan elektrik ketika proses pengiraan undi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).
SEBENARNYA:
Menurut kenyataan TNB:
Tenaga Nasional Berhad (TNB) ingin memberi maklum balas kepada beberapa dakwaan di dalam media sosial mengenai gangguan bekalan elektrik ketika proses pengiraan undi Pilihan Raya Umum ke 13.
Berdasarkan maklum balas pasukan tunggu sedia TNB, pihak TNB mendapati semua pusat pengiraan undi tidak mengalami sebarang gangguan bekalan elektrik semasa proses pengiraan undi berjalan.
Justeru, pihak TNB memohon kerjasama semua pihak agar menghentikan dakwaan ini.
SUMBER: