PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa bayaran ganjaran (gratuiti) pesara kerajaan akan dipotong semasa pesara bersara bagi menyelesaikan bayaran bil hospital yang dibuat semasa pegawai sedang berkhidmat.
SEBENARNYA :
Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN) mengesahkan bahawa tidak pernah terjadi bayaran ganjaran (gratuiti) pesara dipotong semasa pesara bersara bagi menyelesaikan bayaran bil hospital yang dibuat semasa pegawai sedang berkhidmat.
Menurut kenyataan PENCEN, rawatan dan kemudahan rawatan diberikan secara percuma kepada tanggungan yang layak selaras dengan ketetapan Perintah Am Bab F dan Pekeliling Perkhidmatan yang berkaitan.
SUMBER :
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN)