Kerajaan Negeri Pahang Terbabit Projek Keagamaan 1Malaysia Spiritual Tourism?

TULAR:
678

PENJELASAN :

Kerajaan Negeri Pahang memperjelaskan dakwaan bahawa mereka terbabit dengan projek 1Malaysia Spiritual Tourism iaitu projek keagamaan terbesar di Malaysia yang menawarkan pulangan lumayan kepada pelabur membabitkan semua agama selain agama Islam.

Sumber gambar : Facebook.

Menurut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, kerajaan negeri tidak terbabit langsung dalam projek pelancongan ‘1Malaysia Spiritual Tourism’ di Bukit Gambang, Pahang. Katanya, kawasan seluas 250 ekar yang diluluskan kepada syarikat pemaju Waras Mekar Sdn Bhd (WMSB) sebelum ini adalah untuk pembangunan bercampur dan bukan untuk tujuan lain.

Adnan berkata, projek pelancongan yang diumumkan Enchant Acres tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat kerajaan negeri, dan tidak akan dilaksanakan di negeri ini.

SUMBER :

Astro Awani 

The Star


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI