Ganjaran Gratuiti Pesara Kerajaan Dipotong Bagi Menyelesaikan Bayaran Bil Hospital?

TULAR:
809

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa bayaran ganjaran (gratuiti) pesara kerajaan akan dipotong semasa pesara bersara bagi menyelesaikan bayaran bil hospital yang dibuat semasa pegawai sedang berkhidmat.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA :

Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN) mengesahkan bahawa tidak pernah terjadi bayaran ganjaran (gratuiti) pesara dipotong semasa pesara bersara bagi menyelesaikan bayaran bil hospital yang dibuat semasa pegawai sedang berkhidmat.

Menurut kenyataan PENCEN, rawatan dan kemudahan rawatan diberikan secara percuma kepada tanggungan yang layak selaras dengan ketetapan Perintah Am Bab F dan Pekeliling Perkhidmatan yang berkaitan.

SUMBER : 

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI