Pil Dimensi 108 Dapat Kelulusan Kementerian Kesihatan?

TULAR:
502

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa satu surat kelulusan dikeluarkan dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengkelaskan sejenis pil tablet dengan moto ‘Kuasa Mengubah Perangai’ sebagai berkesan.

Sumber gambar: Ketua Pengarah Kesihatan.

SEBENARNYA:

KKM mengesahkan surat pengkelasan produk makanan yang dipaparkan dalam blog produk makanan ‘Dimensi 108’ yang kononnya dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan kementerian adalah palsu.

Pihak kementerian mengesahkan tidak menerima sebarang permohonan pengkelasan produk makanan atau semakan label bagi produk ‘Dimensi 108’. Sehubungan itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihak kementerian telah pun membuat satu laporan polis.

SUMBER :

Bernama

mStar

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI