PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa FELDA mensyaratkan peneroka untuk menyerahkan geran tanah mereka bagi mendapatkan insentif khas peneroka bernilai RM5,000.
SEBENARNYA :
FELDA menafikan khabar angin kononnya agensi itu mensyaratkan peneroka menyerahkan geran tanah mereka bagi mendapatkan insentif khas peneroka bernilai RM5,000.
Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, berkata insentif khas yang disediakan kerajaan kepada setiap peneroka yang masih bersama dengan agensi terbabit sehingga kini tidak memerlukan sebarang syarat tambahan.
SUMBER :
Berita Harian