Kementerian Pendidikan Padam Gambar Bekas PM Daripada Buku Teks?

TULAR:
633

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononya Kementerian Pendidikan (KPM) telah memadam gambar dan maklumat Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad dari buku teks yang dikeluarkannya.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA:

Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan telah mengubah sejarah Malaysia apabila gambar Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dimasukkan sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat dalam buku Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3.

Kementerian itu berkata buku yang tular di media sosial tersebut bukan terbitan kementerian.

Susulan itu, katanya KPM telah membuat laporan polis bagi mengambil tindakan terhadap penerbit buku tersebut dan pihak yang telah memulakan penyebaran maklumat palsu berkenaan di media sosial.

 

SUMBER:

Facebook Menteri Pendidikan

Berita Harian

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI