Geran Tanah Perlu Diserahkan Bagi Mendapatkan Insentif Khas Peneroka FELDA ?

TULAR:
793

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa FELDA mensyaratkan peneroka untuk menyerahkan geran tanah mereka bagi mendapatkan insentif khas peneroka bernilai RM5,000.

Gambar hiasan. Sumber gambar : The Star

SEBENARNYA :

FELDA menafikan khabar angin kononnya agensi itu mensyaratkan peneroka menyerahkan geran tanah mereka bagi mendapatkan insentif khas peneroka bernilai RM5,000.

Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, berkata insentif khas yang disediakan kerajaan kepada setiap peneroka yang masih bersama dengan agensi terbabit sehingga kini tidak memerlukan sebarang syarat tambahan.

SUMBER :
Berita Harian

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI