Portal Berita Wajib Berdaftar Dengan MCMC?

TULAR:
764

PENJELASAN :

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memperjelaskan dakwaan bahawa portal berita wajib berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (MCMC) sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar : MCMC

Menteri di Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata KKMM sedang mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan portal berita dalam talian yang layak untuk berdaftar dengan MCMC.

Beliau berkata cadangan itu bertujuan untuk menjadikan portal media di negara ini lebih bertanggungjawab dan memudahkan MCMC melakukan pemantauan jumlah pengunjung ke portal terbabit.

Katanya perbincangan mengenainya kini di peringkat akhir sebelum ia dikemukakan kepada Peguam Negara menjelang akhir tahun.

SUMBER :

Bernama

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI