Bayaran Tol Percuma Di LDP Dan Lebuhraya Sprint Sempena 31 Ogos?

TULAR:
1107

PENJELASAN :

Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) memperjelaskan dakwaan bahawa pihaknya akan menyediakan diskaun dan tol percuma sempena sambutan Hari Kebangsaan bagi tahun 2017.

Sumber gambar : Twitter

Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) berkata bahawa pihaknya menyediakan ‘hadiah’ istimewa sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun 2017 apabila mengumumkan laluan tol percuma kepada semua kelas kenderaan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) sepanjang hari 31 Ogos 2017.

LITRAK berkata tol percuma itu akan berkuat kuasa selama 24 jam bermula 12 tengah malam 31 Ogos 2017 hingga tengah malam keesokannya.

Selain itu, LITRAK juga mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 20 sen bagi tempoh 24 jam yang sama kepada semua pengguna Lebuhraya SPRINT.

SUMBER :

LITRAK

Bernama

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI