Malaysia Mudah Keluarkan Kad Pelarian UNHCR?

TULAR:
821

PENJELASAN : 

Pihak kerajaan memperjelaskan dakwaan bahawa Malaysia sewenang-wenangnya memberi kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) kepada pelarian etnik Rohingya sepertimana hangat diperkatakan di media sosial.

Gambar hiasan.Sumber gambar : UNHCR

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memperjelaskan, kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya memberi kad UNHCR kepada pelarian etnik Rohingya.

Beliau berkata, Malaysia tidak mahu terus menjadi negara penerima kebanjiran pelarian etnik Rohingya apabila tercetus pergolakan melibatkan etnik itu di Myanmar.

“Kerana itu, kita bekerjasama dengan UNHCR supaya kad-kad UNHCR ini tidak sewenang-wenangnya diberikan kepada mereka.

“Ini kerana kita tidak mahu Malaysia menanggung masalah sosial dan politik negara tersebut dengan dibebani kebanjiran pelarian Rohingya,” katanya.

SUMBER :
Bernama
Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI