PENJELASAN:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) memperjelaskan dakwaan bahawa harga barangan yang di bayar tidak sama seperti harga yang dipamerkan di pasar raya Giant, Seri Manjung sepertimana yang tular di media sosial.
Menurut KPDNKK, pemeriksaan telah dijalankan terhadap pasaraya Giant Seri Manjung dan hasil pemeriksaan mendapati pihak Pasaraya Giant telah mengadakan jualan penghabisan stok kerana akan menutup operasi pada 5 November 2017. Berikutan itu, orang ramai berpusu-pusu ke pasar raya berkenaan bagi mendapatkan barangan pada harga yang lebih rendah.
Sehubungan dengan kehadiran luar biasa pelanggan ke premis tersebut, barangan yang disusun bersama harga di rak untuk jualan telah bersepah dan tidak tersusun rapi dan mengakibatkan barangan serta harga yang ditampal pada rak telah bertukar tempat.
SUMBER:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)