Orang Ramai Dinasihat Tidak Keluar Rumah Selepas Jam 11 Malam Ikutan Bacaan Suhu Terendah Di Seluruh Negara ?

TULAR:
725

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) telah mengeluarkan satu kenyataan kononnya bacaan suhu terendah telah dicerap di seluruh negara akibat perubahan tolakan angin monsun dari Filipina dan orang ramai dinasihati supaya tidak berada di luar rumah selepas jam 11 malam.

Sumber gambar: Whatsapp.

SEBENARNYA:

MMD menafikan tular berkaitan suhu terendah yang tersebar luas melalui media sosial. Tular tersebut yang menasihatkan supaya masyarakat umum tidak berada di luar rumah selepas jam 11 malam adalah tidak benar.

Menurut MMD, suhu minimum yang direkodkan adalah normal iaitu sekitar 23 darjah Celsius yang lazimnya berlaku pada waktu subuh.

SUMBER:

Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI