Kerajaan Berhasrat Mansuh Skim Pencen Perkhidmatan Awam?

TULAR:
1609

PALSU:

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan kononnya kerajaan berhasrat memansuhkan skim pencen perkhidmatan awam.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA:

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kerajaan tidak berhasrat memansuhkan skim pencen perkhidmatan awam sedia ada.

Menurut beliau, “Kerajaan tidak berhasrat untuk memansuhkan Skim Pencen sedia ada malah akan mempertimbangkan kemungkinan memberi pilihan kepada kakitangan awam baharu pada masa akan datang melalui skim potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).”

SUMBER:

Frontdesk

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI