Wanita Dari Luar Negara Mencari dan Menipu Lelaki Tempatan?

TULAR:
364

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan wanita dari luar negara yang mencari dan menipu mangsa dalam kalangan lelaki rakyat tempatan. Wanita warga luar negara tersebut akan berkawan dengan mangsa sebelum memujuk mangsa untuk melakukan aksi tidak senonoh dengan menggunakan webcam bagi tujuan merekod adegan tersebut dan mengugut mangsa memberikan wang sebagai balasan untuk tidak menyebarkan video terbabit.

Gambar hiasan. Sumber gambar : istockphoto

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan :

1) Sentiasa berwaspada apabila berkawan melalui internet.

2) Jangan sesekali bersetuju dengan permintaan yang boleh memerangkap anda seperti memberikan butir-butir akaun wang, butir-butir peribadi, mempamerkan tubuh badan dan lain-lain.

3) Tetapkan akaun anda dari “public” kepada “private”.

4) Semak semula senarai rakan anda di media sosial. “Remove” individu yang tidak anda kenali secara peribadi.

5) Hubungi segera pihak polis jika menerima ugutan kewangan sehingga boleh mengancam nyawa anda.

SUMBER:

Polis Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI