PENJELASAN :
Bahagian Hab Halal Jakim memperjelaskan dakwaan bahawa produk makanan marshmellow adalah haram sepertimana yang hangat diperkatakan.
Sumber gambar : ThisPartyStarted
Menurut Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal, produk yang berasaskan gelatin dari sumber haiwan adalah antara yang dikenal pasti sebagai produk kritikal dari perspektif halal.
Marshmallow adalah antara produk yang mengandungi gelatin dan banyak dijual secara terbuka serta diimport tanpa diketahui status halalnya. Walaupun ada pengeluaran dan pemprosesan produk ini di Malaysia, namun jumlahnya amatlah terhad.
Justeru itu, bagi penggemar marshmallow, pastikan produk yang ingin dibeli mempunyai logo halal Malaysia atau logo dari badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.