Guruh Dan Kilat Menyambar KLCC Tanpa Henti Fenomena Luarbiasa?

TULAR:
2415

PENJELASAN :

Jabatan Meteorologi memperjelaskan dakwaan bahawa Kejadian kilat dan guruh panjang sehingga turut menyambar Menara Berkembar Petronas (KLCC) adalah fenomenena yang luarbiasa dan berbahaya, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Alui Bahari, kejadian kilat dan guruh panjang pada petang 31 Julai 2018 yang turut menyambar KLCC, adalah fenomena biasa, kerana ia lazimnya memanah objek tinggi.

“Berdasarkan pemantauan MetMalaysia, awan ribut petir kuat terbentuk di kawasan Lembah Klang bermula lewat petang hingga lewat malam pada hari kejadian itu.Kilat adalah sangat panas menyebabkan udara di sekitarnya mengembang dengan drastik. Ia menyebabkan partikel udara bergetar, sekali gus menghasilkan guruh sebaik sahaja kilat kelihatan.”

Guruh panjang adalah disebabkan gema atau pantulan bunyi itu daripada objek sekeliling seperti bangunan, terutama premis yang tinggi.

SUMBER :

Berita Harian

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI