Penamatan Penugasan Kawalan Keselamatan Di Pusat-Pusat Khidmat Komuniti RELA (PKKR) Di Seluruh Negara?

TULAR:
996
Gambar hiasan. Sumber: klxpress.com.my

PENJELASAN :

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) memperjelaskan dakwaan berkenaan penamatan penugasan kawalan keselamatan di Pusat-Pusat Khidmat Komuniti RELA (PKKR)

Sumber gambar: Facebook.

Menurut RELA dalam satu kenyataan:

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ingin menjelaskan mengenai satu surat yang tular di media sosial mengenai penamatan penugasan kawalan keselamatan di Pusat-Pusat Khidmat Komuniti RELA (PKKR) di seluruh negara.

Surat tersebut adalah mengenai penamatan Penugasan Kawalan Keselamatan PKKR dan bukannya pemotongan elaun kepada semua ahli RELA.

Untuk makluman, penugasan rondaan keselamatan tersebut telah diwujudkan sejak Januari 2017 untuk membantu memelihara keselamatan setempat. Penugasan ini melibatkan tugasan rondaan dan ianya bersifat sementara. Ia telah dilaksanakan di 98 PKKR seluruh negara melibatkan seramai 294 anggota yang dibayar elaun bertugas.

Penamatan penugasan PKKR tersebut dibuat setelah penilaian semula terhadap semua penugasan Jabatan dilaksanakan pada pertengahan tahun. Penilaian yang dibuat merangkumi aspek keperluan penugasan dan kedudukan kewangan semasa Jabatan.
Bermula Januari 2018, Jabatan telah melaksanakan rondaan keselamatan secara sukarela di 157 daerah seluruh negara bermula Januari 2018. Rondaan secara sukarela ini selaras dengan hasrat Jabatan untuk menghidupkan semula semangat kesukarelaan di kalangan anggota-anggota RELA.

Walau bagaimanapun, penamatan penugasan rondaan PKKR ini tidak melibatkan penugasan-penugasan lain yang masih berjalan seperti biasa. Ia juga tidak menjejaskan operasi PKKR yang akan terus beroperasi seperti sediakala.

SUMBER :

Facebook Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI