PALSU :
Tular di media sosial dakwaan kononnya harga minyak masak akan naik.
SEBENARNYA:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan bahawa harga minyak masak akan naik. Tindakan tersebut dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan menimbulkan suasana panik dalam kalangan pengguna.
Menurut KPDNKK, mana-mana pihak disaran untuk merujuk KPDNKK terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian sebelum menyiarkan sebarang kenyataan.
SUMBER :
Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan