KKM Guna Semula Alat Perubatan Pakai Buang?

TULAR:
1482

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mempedulikan aspek keselamatan pesakit dengan menggunakan semula alat perubatan pakai buang di beberapa buah hospital kerajaan kerana kekurangan dana.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

KKM menafikan sekerasnya dakwaan ini dan ingin menyatakan bahawa KKM sentiasa mementingkan aspek keselamatan pesakit dan standard perkhidmatan jagaan kesihatan.

Menurut KKM, kesemua consumables (barang guna habis) dan peranti perubatan kegunaan tunggal (single-use medical device) yang digunakan bagi pesakit dengan Penyakit Bawaan Darah sememangnya dibuang setelah selesai digunakan, mengikut tatacara yang ditetapkan.

Namun begitu, terdapat beberapa peranti perubatan kegunaan tunggal yang digunakan lebih daripada sekali, di mana peranti ini perlulah diproses semula melalui kaedah pembersihan dan pensterilan sebelum ianya boleh digunakan semula untuk beberapa kali. Amalan ini telah lama dipraktikkan di Malaysia dan ianya tiada kaitan dengan aspek kewangan dan peruntukan bajet.

SUMBER :

Ketua Pengarah Kesihatan

Berita Harian

MStar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI