Pelaburan Asing Merosot Ekoran Pertumbuhan Ekonomi Yang Rendah?

TULAR:
693

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa pelaburan asing ke Malaysia kini merosot kerana pertumbuhan ekonomi yang tidak cukup tinggi, menyebabkan ketidakyakinan pelabur.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA:

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menafikan dakwaan bahawa pelaburan asing merosot kerana pertumbuhan ekonomi yang tidak cukup tinggi dan masa depan yang tidak menyakinkan.

Dalam kenyataan, MIDA berkata ekonomi negara terus berkembang pada kadar 5.8 peratus pada suku tahun kedua 2017, antara yang tertinggi di dunia.

Menurut MIDA, “Malah, beberapa badan antarabangsa seperti Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Pembangunan Asia menjangka ekonomi Malaysia akan berkembang melebihi 5 peratus pada 2017.”

 

SUMBER:

Bernama

Berita RTM

The Star


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI