JPJ Kelantan Anjur Program Pembaharuan Cukai Jalan Di Karnival Maal Hijrah Kota Bharu?

TULAR:
1001
Gambar hiasan : Sumber : JPJ

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menganjurkan program pembaharuan cukai jalan motosikal di Karnival Maal Hijrah di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA:

JPJ Kelantan menafikan pihaknya menganjurkan dan mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk memperbaharui cukai jalan serta menyelesaikan urusan berkaitan di Karnival Maal Hijrah yang tular media sosial.

Menurut Pengarah JPJ Kelantan, Mahasan Mustapa, “JPJ Kelantan menafikan perkara ini dan mahu memaklumkan bahawa kami tidak terlibat dalam penganjuran karnival berkenaan, malah kami sudah mendapat pengesahan daripada pihak Masjid Muhammadi. Pihak masjid juga iaitu Imam Masjid turut menafikan perkara ini dalam laman sosial kerana tiada sebarang usaha atau pengurusan dibuat, sedangkan maklumat mengenai perkara ini sudah tersebar secara meluas terutama di WhatsApp dan Facebook.

Sementara itu, menurut Imam Masjid Muhammadi, Rosli Che Soh “Saya tiada maklumat tentang perkara ini. Pihak masjid tidak menganjurkan Karnival Maal Hijrah pada tarikh tersebut.”

SUMBER : 

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI