JPJ Selangor Terlibat Dalam Penganjuran Karnival Maal Hijrah di Masjid Negeri Shah Alam Selangor?

TULAR:
844

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor akan terlibat dalam penganjuran Karnival Maal Hijrah di Masjid Negeri Shah Alam pada 27 Oktober 2017.

Sumber gambar: Whatsapp.

SEBENARNYA :

JPJ Negeri Selangor menafikan terlibat di dalam penganjuran Karnival Maal Hijrah di Masjid Negeri Shah Alam pada 27 Oktober 2017 (Jumaat) seperti yang ditularkan dalam aplikasi WhatsApp baru-baru ini.

Menurut JPJ Negeri Selangor, pada 27 Oktober 2017, pihak mereka terlibat dengan program Hari Bertemu Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Daerah Klang di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah/Tanah Klang sahaja.

Oleh yang demikian, pihak JPJ ingin menasihati orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dan mempercayai sebarang maklumat dari sumber yang tidak sah mengenai jabatan yang tersebar melalui media sosial dan aplikasi WhatsApp.

SUMBER :

Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan 

Utusan Malaysia

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI