Warga Asing Dibenarkan Mendiami Kuarters Kerajaan di Klian Intan, Gerik?

TULAR:
1446

PENJELASAN :

Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) memperjelaskan laporan bahawa warga asing telah dibenarkan mendiami kuarters guru milik kerajaan di Klian Intan, Pengkalan Hulu, Grik, Perak, sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar: Facebook.

Menteri KPM, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kementerian telah menjalankan siasatan berhubung kes tersebut dan syarikat berkenaan iaitu Jasa Timah Intan Sdn Bhd didapati telah melanggar syarat penyewaan kuarters berkenaan dengan menjadikannya sebagai kediaman pekerja asing.

Menurut beliau, “Untuk kuarters guru yang telah lama, baik berada di dalam mahupun di luar kawasan sekolah, mengikut polisi kementerian ia dibenarkan disewakan kepada pihak swasta mahupun perseorangan dengan syarat tidak boleh menempatkan warga asing. “Dalam kes Kuarters Rumah Guru (KRG) SK Kelian Intan, kementerian telah meluluskan penyewaan kepada syarikat berkenaan setelah dimaklumkan bahawa ia akan digunakan untuk penginapan kepada pekerja syarikat itu.

“Bagaimanapun, syarikat itu tidak memaklumkan secara khusus bahawa pekerjanya adalah pekerja asing dan sudah tentu perkara ini tidak dibenarkan kerana ia bertentangan dengan polisi kementerian,

 

SUMBER :

Sinar Harian

Mstar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI