JSPT PDRM Keluarkan Senarai Kadar Pengurangan Harga Kompaun Bagi Kesalahan Lalu Lintas?

TULAR:
6333

PALSU:

Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan senarai kadar pengurangan harga kompaun bagi kesalahaan lalu lintas.

Versi Terkini. Tular: Oktober 2017

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: September 2016

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

JSPT PDRM menafikan bahawa telah mengeluarkan senarai kadar pengurangan harga kompaun bagi kesalahaan lalu lintas sepertimana disebarkan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab.

Masyarakat diminta tidak terpengaruh dengan sebarang mesej viral yang tidak diketahui kesahihannya. Bagi sebarang maklumat lanjut, sila rujuk di Portal Rasmi PDRM (Bahagian Info Trafik) yang merupakan sumber rujukan rasmi.

SUMBER:

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI