Bayaran Ganjaran Gratuiti Pesara Kerajaan Dipotong Kerana Bil Rawatan Hospital Belum Diselesaikan Sewaktu Tempoh Perkhidmatan?

TULAR:
6880

PALSU:

Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya bayaran ganjaran (gratuiti) pesara kerajaan dipotong semasa pesara bersara bagi menyelesaikan bayaran bil hospital yang dibuat semasa pegawai sedang berkhidmat.

Versi Terkini. Tular: Oktober 2017

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: September 2013

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN) mengesahkan bahawa tidak pernah terjadi bayaran ganjaran (gratuiti) pesara dipotong semasa pesara bersara bagi menyelesaikan bayaran bil hospital yang dibuat semasa pegawai sedang berkhidmat.

Menurut kenyataan PENCEN, rawatan dan kemudahan rawatan diberikan secara percuma kepada tanggungan yang layak selaras dengan ketetapan Perintah Am Bab F dan Pekeliling Perkhidmatan yang berkaitan.

SUMBER:

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI