Kenderaan Terbakar Akibat Tangki Diisi Penuh Dengan Bahan Api?

TULAR:
4197

PALSU: 

Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya jika minyak petrol kenderaan diisi sehingga tangki penuh, ia akan menyebabkan kereta mudah terbakar.

Versi Terkini. Tular: Oktober 2017

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Februari 2015

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyatakan kegagalan fungsi pendawaian sistem audio yang diubah suai merupakan antara punca kenderaan terbakar dan tiada kes berpunca daripada tindakan mengisi minyak sehingga penuh tangki.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Mohd. Rizal Buang berkata, dua lagi punca adalah apabila berlaku kemalangan dan perbuatan khianat.

Menurut beliau, “Kami juga tidak mendapati sebarang kes (di Johor) yang menunjukkan minyak yang penuh di dalam tangki boleh menyebabkan kenderaan terbakar secara tiba-tiba walaupun ketika cuaca panas,”.

Sementara itu, menurut Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros), Profesor Wong Shaw Voon berkata, khabar angin yang mendakwa tangki yang diisi penuh dengan petrol mungkin meletup akibat gelombang haba adalah tidak benar, memandangkan teknologi serta penyelidikan semasa telah memikirkan langkah-langkah keselamatan untuk memastikan tangki dapat menampung petrol dengan selamat.

SUMBER:

Mstar

Utusan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI