PENJELASAN :
Kementerian Kewangan memperjelaskan dakwaan bahawa harga minyak RON 95 dan diesel tidak akan kekal bagi tahun 2018 sepertimana yang hangat diperkatakan.
Menurut Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng, harga RON95 serta diesel kekal, masing-masing pada RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter, sehingga akhir tahun 2018.
Kerajaan telah memperuntukkan RM3 bilion subsidi untuk RON95 dan diesel, bagi memastikan harga bahan api ini diapungkan di pasaran.
“Jumlah itu (subsidi) boleh dikurangkan, bergantung kepada harga minyak tetapi saya tidak mahu memberikan angka kerana ia turun naik minggu demi minggu. Tetapi anggaran kami adalah RM3 bilion (subsidi) hingga akhir tahun.”
SUMBER :
Sinar Harian