Video Pertengkaran Di Lebuhraya Melibatkan Pegawai KDN?

TULAR:
1603

PENJELASAN :

Pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperjelaskan  dakwaan bahawa sebuah klip video yang tular di media sosial mengenai satu insiden pertengkaran di lebuh raya di mana seorang individu mendakwa dirinya dari KDN sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Menurut kenyataan rasmi Kementerian Dalam Negeri  :

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius sebuah klip video yang tular di media sosial sejak semalam mengenai satu insiden pertengkaran di lebuh raya di mana seorang individu dalam video tersebut telah mendakwa dirinya dari KDN.

Kementerian telah mengenalpasti individu tersebut dan mendapati beliau merupakan Ahli Kehormat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang dilantik pada Febuari 2015.

Siasatan lanjut mendapati beliau juga telah digantung dari jawatan tersebut dan disiasat atas kesalahan salahguna pada Mei 2017.

Sehubungan itu, Kementerian memohan agar pihak terbabit untuk tampil membuat laporan polis supaya tindakan selanjutnya untuk menyiasat individu tersebut kepada PDRM untuk tindakan lanjut.

KDN ingin mengingatkan warga KDN atau mana-mana individu agar tidak menyalahgunakan nama KDN untuk kepentingan sendiri.

SUMBER :
Facebook Rasmi Kementerian Dalam Negeri


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI