Haiwan Dan Kemudahan Di Taman Hidupan Liar Lok Kawi Tidak Terurus?

TULAR:
871

PENJELASAN :

Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah memperjelaskan dakwaan bahawa haiwan dan kemudahan Taman Hidupan Liar Lok Kawi dalam keadaan tidak terurus.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, YB Christina Liew menafikan dakwaan menyatakan haiwan dan kemudahan di Taman Hidupan Liar Lok Kawi tidak terurus, kerana beliau telah melakukan tinjauan di taman itu dan mendapati semua haiwan berada dalam keadaan baik.

Bagaimanapun, beliau mengakui ada beberapa kemudahan untuk binatang di pusat hidupan liar terbabit perlu segera diperbaiki, malah ada sebahagiannya dalam proses naik taraf.

“Selepas membuat tinjauan, saya berpendapat cabaran terbesar adalah perancangan masa depan untuk menaik taraf taman ini bagi menampung lebih banyak hidupan liar,” katanya lagi.

SUMBER :

New Straits Times

The Borneo Post


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI