Elaun Sara Hidup Nelayan Akan Dihentikan?

TULAR:
623

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononya elaun sara hidup nelayan akan dihentikan kerana pertukaran kerajaan.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA:

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Salahuddin Ayub Elaun, sara hidup nelayan akan tetap disalurkan seperti biasa setiap bulan tanpa sebarang perubahan meskipun kerajaan telah bertukar.

Pihaknya telah bertindak segera susulan aduan nelayan masih belum menerima elaun sara hidup.

“Saya terima aduan, ada nelayan masih belum terima elaun sara hidup dan siasatan segera terus dijalankan. Saya ingin nyatakan di sini, semua elaun sara hidup nelayan telah dimasukkan 11 Jun 2018. Maknanya tiada isu tukar kerajaan, tiada elaun sara hidup.”

Mengulas soal aduan yang diterima, YB Salahuddin memberitahu terdapat kesilapan teknikal dengan sebuah bank menyebabkan elaun yang sepatutnya diterima pemegang akaun masih tergantung.

“Saya telah rujuk kepada KSU dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) siasat, kita dapati ada masalah teknikal di bawah pemegang akaun Agro Bank. Bank lain tiada masalah. Esok pagi elaun itu akan masuk dalam akaun penerima dan kalau ada nelayan bermasalah sama boleh berhubung terus dengan saya atau MOA sendiri.”

SUMBER : 
Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI