SPRM Mengeluarkan Kenyataan Isu Penyelewengan Dan Rasuah Dalam Kerajaan Kelantan?

TULAR:
421

PALSU :

Tular di media sosia dakwaan bahawa  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan kenyataan berhubung isu penyelewengan dan rasuah dalam kerajaan Kelantan.

Sumber gambar : Faebook

SEBENARNYA :

Menurut kenyataan rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) :

SPRM ingin menegaskan YBhg Dato’ Sri Mohd Shukri Abdull, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan suruhanjaya ini tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung isu penyelewengan dan rasuah dalam PAS Kelantan.

SPRM mendapati ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama Ketua Pesuruhjaya SPRM dan suruhanjaya ini untuk menular kenyataan tersebut baru-baru ini dan tindakan tersebut dilihat sebagai perbuatan yang ingin mencemarkan reputasi SPRM.

Ingin ditegaskan bahawa SPRM komited menjalankan tugas dengan telus, bebas dan profesional tanpa memihak kepada mana-mana individu di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan orang ramai dinasihatkan agar tidak menular berita yang tidak sahih menggunakan nama pengurusan tertinggi SPRM atau suruhanjaya ini kerana tindakan tersebut akan menjejaskan imej SPRM.

SUMBER : 
Laman Rasmi Facebook  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI