Terdapat Kes Cubaan Menculik Kanak-Kanak Di Felda Keratong2, Pahang?

TULAR:
430
Gambar hiasan.Sumber gambar : PDRM

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat kes cubaan culik kanak-kanak di Felda Keratong2, Kuala Rompin, Pahang.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA :

Menurut kenyataan rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) :

Sebuah posting di laman Facebook yang menyatakan ada kes cubaan culik kanak-kanak di Felda Keratong2, Kuala Rompin mencetuskan kebimbangan penduduk dan netizen.

Menurut posting berkenaan, pemilik akaun bernama Zarene Azak Azouk meminta semua berhati-hati kanak-kanak diumpan dengan aiskrim oleh pelaku yang menaiki van putih dan sebuah motosikal.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd Noor yang dihubungi menafikan kejadian itu berlaku.

Beliau turut menafikan kewujudan van berwarna putih seperti yang ditularkan.

Setakat ini tiada sebarang laporan polis yang dibuat berkaitan dengan kes ini dan beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan cerita yang tidak sahih sebegini.

Bagi yang gemar kongsi di media sosial, jika terima atau melihat posting begini, sila dapatkan pengesahan dengan polis bagi mengelak menyebarkan maklumat tidak benar.

SUMBER :
Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI