Sinar Harian Menerbitkan Berita Bahawa Pengerusi PNB Dipecat Serta-Merta Tanpa Penjelasan?

TULAR:
516

PALSU :

Tular di media sosial satu gambar yang mendakwa bahawa Sinar Harian telah menerbitkan berita kononnya, Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar telah dipecat serta-merta tanpa diberikan penjelasan.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Sinar Harian menafikan telah menerbitkan berita berkaitan pemecatan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Berita palsu yang tersebar di media sosial seperti Facebook menyatakan Abdul Wahid telah dipecat daripada PNB serta merta tanpa diberikan penjelasan.

SUMBER :

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI