Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Diteruskan Kerajaan?

TULAR:
1079

PENJELASAN :

Kementerian Kewangan memperjelaskan laporan bahawa projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan tetap diteruskan kerajaan, sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar: Facebook.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan akan meneruskan pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), manakala projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-Singapura) akan dikaji semula.

Tambahnya, pihaknya akan me­ngadakan perbincangan semula berhubung kos pembinaan projek ECRL sepanjang 688 kilometer yang menghubungkan Pelabuhan Klang, Selangor dengan Pahang, Terengganu dan Kelantan itu.

“Projek ECRL akan disemak supaya kita dapat runding semula tetapi HSR kita hendak kaji,” katanya menambah, rundingan semula perlu dibuat kerana tidak masuk akal untuk kerajaan memansuhkan projek ECRL selepas membayar RM20 bilion.

SUMBER :

Utusan Malaysia

Harian Metro

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI