HTAR Kekurangan Bekalan Darah Jenis O Negatif ?

TULAR:
724

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) kekurangan Bekalan Darah Jenis O Negatif.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA :

Menurut kenyataan rasmi Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) :

Satu kenyataan yang tular di media sosial berhubung dakwaan seorang waris pesakit bahawa bekalan darah jenis O negatif semakin berkurangan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah  adalah tidak benar.

Hasil siasatan HTAR mendapati, bekalan darah jenis O negatif pada ketika ini adalah mencukupi. Pihak HTAR juga telah memberikan bekalan darah yang mencukupi kepada pesakit tersebut.

Untuk makluman, darah O jenis negatif dikategorikan sebagai kumpulan darah rare. Oleh itu, semua tabung darah menyimpan stok yang banyak pada satu-satu masa. Walaubagaimanapun, stok yang sedia ada adalah mencukupi bagi kegunaan semasa kecemasan. Pihak HTAR juga mempunyai senarai penderma darah rare untuk dipanggil pada bila-bila masa terutama waktu kecemasan.

Pihak HTAR memandang serius isu ini dan menasihati orang ramai tidak mempercayai maklumat tersebut dan menyeru berhenti menyebarkannya kepada orang lain.

SUMBER :
Laman Facebook Rasmi Hospital Tengku Ampuan Rahimah 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI