Restoran Yang Menyediakan Makanan Malaysia Perlu Mengambil Tukang Masak Tempatan Sahaja ?

TULAR:
522

PENJELASAN :

Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran memperjelaskan laporan bahawa semua restoran yang menyediakan makanan Malaysia perlu mengambil tukang masak tempatan sahaja bermula 1 Januari 2019 sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar : Astro Awani

Menurut Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran, syarat yang dikenakan ke atas pengusaha restoran untuk mengambil hanya tukang masak tempatan hanyalah cadangan.

Beliau berkata pihak kementerian akan bertimbang rasa kepada pengusaha makanan dalam pengambilan tukang masak tempatan.

“Kami akan berhubung dengan beberapa pihak sebelum proses akhir ditentukan.”

Beliau turut menjelaskan bahawa syarat tersebut hanya terpakai kepada cawangan ‘makanan tempatan’ dan bukannya restoran luar negara dan hotel lima bintang yang memerlukan tukang masak khas.

SUMBER : 
Mstar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI