Tiada Tindakan Ke Atas Pelancong Asing Berkelakuan Tidak Senonoh Di Masjid Kota Kinabalu?

TULAR:
740

PENJELASAN :

Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat beberapa pelancong asing yang berkelakuan tidak senonoh Masjid Kota Kinabalu, sepertimana yang yang tular  di media sosial.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, pihak kementerian mengutuk tindakan luar batasan dan tidak ​​​sesuai dua pelancong asing yang menari di atas tembok pagar Masjid Kota Kinabalu, dan tindakan mereka dianggap tidak menghormati orang Islam serta layanan baik yang Sabah berikan kepada mereka.

Beliau menegaskan, Sabah adalah sebuah negeri berbilang kaum dan agama, dan menjaga keharmonian agama adalah antara perkara asas yang Sabah pertahankan. Assafal berkata tindakan akan diambil terhadap pelancong terbabit apabila identiti dan kewarganegaraan mereka dikenal pasti, termasuk pengendali percutian mereka yang gagal memberikan penerangan dan memaklumkan tatacara yang betul ketika melawat ke rumah ibadat.

​​​​​Berikutan kejadian itu, pihak pengurusan masjid tersebut telah mengeluarkan larangan sementara  kepada semua pelawat warga asing.

SUMBER :

Frontdesk

MStar

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI