Kes Denggi Di Perak Semakin Meningkat?

TULAR:
346

PENJELASAN :

Exco Kerajaan Negeri Perak, A Sivanesan memperjelaskan dakwaan bahawa kes denggi di Perak semakin meningkat sepertimana yang hangat diperkatakan.

Menurut Exco Kerajaan Negeri, A Sivanesan, kes denggi di negeri Perak mengalami penurunan ketara bagi tempoh 1 Januari hingga 19 Mei lalu dengan hanya mencatat 1,197 kes berbanding 3,295 kes bagi tempoh sama tahun 2017.

Dari segi jumlah kematian akibat wabak tersebut, dalam tempoh sama sebanyak tiga kes kematian dilaporkan berbanding enam kes pada 2017.

Beliau berkata, berdasarkan daerah pula, Manjung daerah tertinggi bagi kes denggi 379 kes diikuti Kinta 356 kes dan Hilir Perak pula merekodkan 126 kes sepanjang tempoh itu.

“Daerah yang separuh bandar mencatatkan kes demam denggi paling rendah contohnya Mualim dengan 10 kes. Banyak faktor menyebabkan kes denggi ini selain faktor kebersihan. Ada juga kes mangsa kena di negeri lain tetapi lapor di sini.”

SUMBER : 
Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI