KDN Tidak Ambil Tindakan Atas Penahanan Yang Tidak Mengikut Prosedur?

TULAR:
584

PENJELASAN :

Menteri Kementerian Dalam Negeri, YB Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin memperjelaskan dakwaan bahawa KDN tidak mengambil tindakan atas kes siasatan polis terhadap Siti Kassim yang dikatakan tidak mengikut prosedur sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Facebook

Menurut kenytaan Menteri Dalam Negeri:

Saya mengambil maklum orang ramai mengena isu tindakan  siasatan polis terhadap Siti Kassim berdasarkan kepada laporan polis yang dibuat ibu bapa yang mengakatakan bahawa anak mereka telah diculik.

Saya juga mengambil maklum respon Siti Kassim bahawa pada masa tersebut, beliau bertindak sebagai peguam kepada mangsa. Saya bersetuju bagi hak individu untuk mendapatkan bantuan guaman dan hak untuk bertindak tanpa dipengaruhi atau duigut oleh mana-mana pihak.

Walaubagaimanapun sebagai Menteri Dalam Negeri, saya perlu mengimbangi kepentingan awam dan individu tanpa mengaggu siasatan polis. Saya telah meminta Ketua Polis Negara untuk memberi laporan terperinci mengenai isu ini sebelum mengambil tindakan.

Sementara itu, saya mengambil maklum bahawa permohonan polis untuk menahan reman Siti Kasim telah ditolak mahkamah semalam. Konisisten dengan konsep pembahagian kuasa, pernan mahkamah adalah untuk menentukan kesahihan tindakan polis, dan mengimbangi segala hak-hak yang termaktub dibawah perlembagaan.

SUMBER : 
Laman Rasmi FacebookYB Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI