Istana Negara Masih Belum Menerima Senarai Kabinet Baru?

TULAR:
456
Sumber gambar : Astro Awani

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya pihak Istana Negara masih belum menerima senarai baki Kabinet .

Sumber gambar : The Malay Mail

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Istana Negara:

Berikutan daripada satu laporan yang tular, Istana Negara ingin menjelaskan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V telah menerima senarai nama Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet daripada Pejabat Perdana Menteri pada 20 Jun 2018 iaitu pada hari Rabu. Senarai nama Menteri Kabinet tersebut telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan telah dikembalikan semula kepada Pejabat Perdana Menteri pada 22 Jun 2018 iaitu pada hari Jumaat.

Pihak Istana Negara juga ingin memaklumkan bahawa istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet tersebut akan diadakan pada 2 Julai 2018 (Isnin) di Istana Negara. Justeru itu, pihak Istana Negara memohon agar semua pihak tidak melaporkan perkara yang bersifat negatif dan tidak tepat terhadap Yang di-Pertuan Agong”

SUMBER :
Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI