Terengganu Benarkan Pemakaian ‘Bikini’ Kepada Pelancong Asing?

TULAR:
699

PENJELASAN:

Kerajaan negeri Terengganu memperjelaskan laporan bahawa kerajaan negeri mengeluarkan kenyataan dengan membenarkan pelancong berpakaian menjolok mata di kawasan pelancongan di negeri Terengganu sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar: Facebook

Kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan kenyataan membenarkan pelancong berpakaian menjolok mata dengan sewenang-wenangnya di kawasan pelancongan di negeri ini.

Menurut Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Mohamad Nor Hamzah, beliau kesal kerana kenyataannya sebelum ini berkaitan etika pemakaian bagi pelancong telah diputar belit.

Jelasnya, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan membenarkan pemakaian bikini kepada pelancong asing.

Tambah beliau, “Kita akan buat penambahbaikan bukan akan beri kebebasan sewenang-wenangnya kepada pelancong asing untuk berpakaian tidak senonoh. Saya kira apa yang tulis tidak selari dengan apa yang saya maksudkan.”

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI