Tiada Lagi Bazar Perayaan Di Jalan Masjid India Dan Lorong Tuanku Abdul Rahman?

TULAR:
743

PENJELASAN:

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperjelaskan laporan bahawa pihak DBKL telah menghentikan bazar perayaan di Jalan Masjid India dan Lorong Tuanku Abdul Rahman sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Mohd Amin Nordin Abd Aziz, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memutuskan untuk menghentikan bazar perayaan selepas beberapa isu tidak diselesaikan bertahun-tahun lamanya.

Beliau berkata, “Kami tidak akan membenarkan lagi bazar Ramadan atau Deepavali di Jalan Masjid India, Lorong Tuanku Abdul Rahman dan kawasan sekitarnya. Terdapat banyak aduan dan ia amat sukar diurus. Sebelum ini, tapak bazar telah diberikan kepada persatuan pedagang tetapi terdapat aduan salah urus dan banyak yang disewa untuk mendapatkan keuntungan besar berbanding untuk peniaga miskin.”

Tambah beliau, sepanjang tempoh bazar dibuka, seluruh kawasan amat kotor dengan sampah sarap dibuang di merata-rata dan gerai ‘haram’ turut beroperasi.

Namun menurut beliau, pasar malam setiap Sabtu di Lorong Tuanku Abdul Rahman akan dikekalkan.

SUMBER:

Mstar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI