Harga Minyak RON 95 Dan Diesel Tidak Akan Kekal Bagi tahun 2018?

TULAR:
379

PENJELASAN :

Kementerian Kewangan memperjelaskan dakwaan bahawa harga minyak RON 95 dan diesel tidak akan kekal bagi tahun 2018 sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng, harga RON95 serta diesel kekal, masing-masing pada RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter, sehingga akhir tahun 2018.

Kerajaan telah memperuntukkan RM3 bilion subsidi untuk RON95 dan diesel, bagi memastikan harga bahan api ini diapungkan di pasaran.

“Jumlah itu (subsidi) boleh dikurangkan, bergantung  kepada harga minyak tetapi saya  tidak mahu memberikan angka kerana ia turun naik minggu demi minggu. Tetapi anggaran kami adalah RM3 bilion (subsidi) hingga akhir tahun.”

SUMBER : 
Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI