PENJELASAN :
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri memperjelaskan dakwaan bahawa rakyat akan dibebankan dengan tambang pengangkutan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bakal menjadi mahal ekoran kos pembinaannya yang tinggi sepertimana yang tular di media sosial.
Menurut Menterinya Datuk Seri Mustapa Mohamed, kerajaan akan memastikan bahawa tambang yang akan dikenakan adalah berpatutan.
Katanya, tiada negara yang membuat keuntungan daripada penyediaan pengangkutan awam. “Seperti tambang Mass Rapid Transit (MRT) yang dilancarkan Disember lalu, kerajaan menanggung subsidi tidak kurang daripada 50 peratus dalam memberikan tambang yang berpatutan kepada pengguna,” katanya.