SEBENARNYA:
Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) ingin merujuk kepada mesej berangkai yang tular di aplikasi WhatsApp berkaitan hebahan maklumat Kes Positif COVID-19 di Jalan Budiman, Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, Johor adalah tidak benar.
Untuk makluman, JKN Johor ingin menafikan maklumat berkaitan dan masyarakat diminta untuk tidak menularkan sebarang berita yang tidak sahih agar tidak mencetuskan kebimbangan atau kekeliruan dikalangan masyarakat.