PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa Hospital Sultanah Aminah di Johor kononnya kekurangan bekalan darah untuk membantu seorang pesakit kanak-kanak.
Sumber gambar : Facebook
SEBENARNYA :
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman Facebook rasminya telah menafikan bahawa terdapat kekurangan bekalan darah di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
KKM juga memohon kepada orang ramai agar tidak menyebarkan berita palsu tersebut. Menurut KKM lagi, stok darah di HSA masih mencukupi.
SUMBER :
Laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia
Laman Facebook Rasmi Jadual Kempen Derma Darah Johor