Hospital Umum Sarawak Tidak Ditutup Dan Masih Beroperasi Seperti Biasa

TULAR:
1294

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKNS), Dr Chin Zin Hing menjelaskan bahawa Hospital Umum Sarawak (HUS) tidak ditutup dan akan beroperasi seperti biasa.

“Buat masa ini kita tidak pertimbangkan untuk menutup hospital kerana kita masih memberikan perkhidmatan.

“Tetapi kita akan memastikan bahawa kita akan mengurangkan kes jangkitan.”

Tambah Chin, pihak hospital mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk mencegah wabak itu justeru dakwaan penghentian operasi hospital berkenaan adalah tidak wajar.

“Kami juga faham 50 lebih kes ini, mereka sebenarnya berlaku dalam tempoh melebihi satu bulan menjadikan rata-ratanya sekitar satu setengah hingga dua kes sehari,” ujar beliau mengenai statistik kes jangkitan itu yang diklasifikasikan sebagai rendah.

Jelas beliau juga, bukan kesemua kes tersebut adalah disebabkan jangkitan semasa bertugas. Ada yang disebabkan jangkitan dari kluster lain.

Namun, pihaknya memberi jaminan akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan keadaan kekal terkawal dengan mengikut langkah pencegahan sepatutnya.

SUMBER:

Astro AWANI


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI