Peniaga Di Pasar Besar Seremban Hanya Perlu Hadir Jalani Saringan Ujian COVID-19 Sekiranya Diarahkan Oleh Pejabat Kesihatan Daerah Seremban

TULAR:
1871

Menurut kenyataan media Pengarah Kesihatan Negeri Negeri Sembilan:

Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan (JKNNS) ingin merujuk kepada satu artikel yang ditularkan melalui siaran Facebook pada 29 April 2020 berkaitan kes COVID-19 yang disyaki dalam kalangan peniaga di Pasar Besar Seremban yang telah diterbitkan oleh sebuah akhbar tempatan.

Merujuk kepada artikel yang telah diterbitkan oleh sebuah akhbar tempatan dan teah ditularkan di aplikasi Facebook, kenyataan seramai 600 peniaga barangan basah disahkan mempunyai kontak rapat dengan kluster Pasar Borong Selayang dan 18 daripada mereka telah pun melalui saringan COVID-19 adalah tidak tepat.

JKNNS ingin menegaskan bahawa hanya mereka yang telah diarahkan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Seremban sahaja yang perlu hadir menjalani saringan ujian COVID-19. Manakala, bagi yang tidak mendapat arahan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Seremban – mereka tidak perlu hadir.

Untuk makluman, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban akan menjalankan beberapa siri aktiviti saringan dalam kalangan peniaga di Pasar Basar Seremban yang mempunyai kaitan dengan kluster Pasar Borong Kuala Lumpur.

SUMBER:

Facebook Rasmi JKNNS


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI